4/19/2009

Sinar...

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:
Template dari Open Office

Pengajaran hari ini:


Salam.
Lamanya tak menulis.
Lamanya tak berkongsi
Diam menyepi


Hmm
Sejak dua menjak ni agak down sikit
Ambil semangat dengar ceramah cahaya iman dari Dato' Dr. Harun Din.
Boleh download dari sini.Cahaya Iman.
Tak pun, gi kat hembusan.blogspot.com bahagiam mp3

Sebut berkenaan down ni
Dulu kalau down, saya akan pastikan saya tidur dengan AL-Qur'an terpasang di laptop
Hmmm
Bagi makan dekat hati

Dulu
Saya akan pastikan saya baca satu juz al-qur'an satu hari
Zikir dalam hati sebanyak mungkin
Pagi-pagi baca Yassin, Mathurat
Rasa melayang-layang dan tak hiraukan orang dah.

Tapi itu dulu
Sekarang saya sedang bertatih semula
mencari sinar.

sahabatku dan diriku..
Ambillah semangat semula dari ceramah Cahaya Iman ini
kerana didalamnya terdapat pedoman dan peringatan untuk diri kita
yang sibuk
yang terlupa
yang lalai
yang sering melupakan sesuatu yang tidak patut kita lupakan.

mari diriku kongsikan sedikit, begini ceritanya...

Harithah budak muda
Nabi bagi salam
tak jawab salam

Adakah budak itu telah islam
Islam lama dah

Nabi salam dia. Nabi tanya, apa jadi pada kamu anak suraqah
Saya hendak jadi mukmin yang baik

Nabi kata, kalau kata-kata kami ini benar, ALLAH akan sampaikan apa hendak kamu hendak

Kalau tak betul, cakap lain, buat lain, kamu akan jadi lain.

Nabi doakan dia

Setahun kemudian

Nabi jumpa dia dalam masjid
Nabi jumpa dengan Harithah

Sekrang ini apa sudah jadi dengan iman kamu harithah
Saya telah jadi seorang mukmin yang sungguh-sungguh yakin kepada ALLAH Tuhan saya.

Nabi kata, semua orang leh bercakap, tapi bukti takada
Apa bukti kamu?

Kata harithah

Dia kata,
Selepas saya berjumpa dengan tuan dahulu, tahun sudah, tuan doakan hidup saya, saya suka buat ibadat malam, berjaga mlam, dan saya suka pekerjaan ini. Dan saya cinta kepadanya. Siang-siang hari pula, saya suka puasa, saya cukup seronok berpuasa.

No comments: