5/02/2009

Hidup

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Tempat Belajar

Laman Web Menarik Hari Ini:
Mauizah

Pengajaran hari ini:
Jangan berputus asa.

Alhamdulillah, telah buat sedikit perubahan pada blog. Menambah slot akhbar di sebelah kanan selepas terinpirasi melihat surat khabar online di Surat Khabar Online. Alhamdulilah, berjaya buat.

Peperiksaan

Ada dua peperiksaan lagi iaitu pada 5 dan 9 hb nanti, insyaALLAH. Untuk peperiksaan 5 hb, baru sampai chapter 3. Doakanlah ya, moga habis dengan jayanya. InsyaALLAH.

Kejadian
26 hb Mac, beli broadband celcom kerana sewaktu tu saya terpaksa ada internet 24/7 untuk membuat projek. Alhamdulillah.

25 April
Pergi ke Pesta buku. Semalam dah pergi dah selepas pulang dari rumah kak ita. Semalam tutup 9.30 malam. So untuk cari buku, kami kenalah pergi hari ini. Bertolak dari rumah pukul 10.00 pagi. Sampai-sampai parking dah penuh, pergi parking di PWTC, di atas sekali. Keadaan panas terik. Ramai sangat orang. Sebelum keluar tadi ada singgah di Maybank, tapi saya tak buat keluarkan duit. Perasan di PWTC boleh keluarkan. Pergi-pergi terpaksa berbaris hampir setengah jam untuk keluarkan duit. Sabar aje lah. Pengajaran, jangan bertangguh-tangguh dan perasan best.

Dah lebih 4-5 tahun saya tidak kepesta buku. Seingat saya habis SPM kali terakhir saya kesana. Selepas tu tak pergi dah. Sangat teruja, lebih-lebih lagi, mak bagi duit. Hahah. .Dah besar minta duit lagi(pinjaman) Habislah dalam 150. Alhamdulillah, beli buku untuk pelaburan masa hadapan. InsyaALLAH.

Perancangan.
Untuk semester depan saya ada rancangan dan visi besar. pertama untuk mengusai mobile programming language and then nak buat (bbo) insyaALLAH. Doakan dipermudahkan.

30 April
Peperiksaan pertama bermula. AI. Alhamdulillah, dapat buat dengan baik. Nota, peta minda, soalan final sem, jumpa lecturer, semua dapat dilakukan. Alhamdulillah.

Sebenarnya, dalam kita inginkan sesuatu kefahaman kepada ilmu, yang pertama adalah dengan mendapat keberkatan dari guru kita. Datanglah selalu ke kelas, kerana di dalam kelas terdapat ilmu-ilmu yang mahal harganya, yang kalau kita baca, tak semestinya faham.

Fahamnya kita pada sesuatu ilmu itu, adalah apabila kita berjaya menyumbang balik kepada masyarakat menerusi internet ke atau sebagainya.

Konsep ilmu ini melebihi konsep ingin lulus dalam peperiksaan. Ya peperiksaan merupakan kayu ukur atas kefahaman kita. Tapi peperiksaan bukan segala-galanya. Peluang yang tiba perlulah digunakan sepenuhnya, hadamkan ilmu sehingga dapat diterangkan kepada orang lain. InsyaALLAH.


1 May
Lepak dibilik kakak, baca buku Rindu Bau Pohon Tin, karya Ustaz Hasrizal. Memang bagus buku tu. Habis sebuah buku tu dalam masa 2 jam setengah. Bersambung kemudian membaca buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna. Semua yang mengaku pejuang perlu baca buku ini untuk mengurus hidup dengan lebih baik, insyaALLAH. Nipis dan menarik buku ni. Senang difahami.

Kemudian dalam jam 2.00 petang, keluar membeli kasut di The Store. 30% discaunt. Memang lembut lah kasut tu. Alhamdulillah.

Oklah, rasanya sampai disini sahaja. Moga-moga hidup ini berakhir dengan sebaik-baik pengakhiran. InsyaALLAH....

Dari hamba yang hina. Wassalam...



2 comments:

kakchik said...

assalamualaikum na.

selamat menghadapi exam ya, semoga semuanya dapat ditempuhi dgn jayanya.

tahun ni kakchik tak dpt ke pbakl tapi na plk yg pegi.

seronok agaknya ya.

Mumtazah : : - Kita Jauh Tapi Dekat - : : said...

Alhamudlillah Kak Chik, ALLAH bukakan tahun ni rexeki untuk pergi ke Pesta Buku. Tapi kak chik, tahun ni sangatlah ramai orang. Tak tahan saya bersesak dengan mereka. Hehehe....