5/13/2009

Hijau

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Tadi semasa melawat Pameran FYP, di satu booth kawan saya, kawan saya menawarkan untuk mengambil pamplet. Saya kata saya nak pamplet warna hijau, sesambil tu saya mengangkat kening kepada dia. Harap-harap dia faham apa yang saya maksudkan.

Hijau

Kalau mahu digambarkan warna hati saya, ingin saya gambarkan warna hati saya warna hijau. Masa kecil-kecil dahulu, kalau mak belikan barang pelbagai warna, pasti warna hijau menjadi pilihan saya. Sejak kecil lagi, seolah-olah kecintaan saya pada warna yang satu ini sudah sebati dengan jiwa saya.

Hijau bukan sebarang hijau
Hijau sungguh mendamaikan...

Tetapi satu hari...
Ketika itu saya berada di rumah kawan. Duduk dirumahnya untuk berpraktikal. Hampir setahun saya duduk dirumahnya. Suatu hari, sewaktu pakcik itu (bapa kawan saya) mahu mengecat rumahnya, pakcik itu memilih warna biru. Warna biru untuk orang hijau. Selepas itu, persepsi saya terus berubah. Warna bukan lah segalanya yang menggambarkan kita. Warna anugerah Tuhan, milik Tuhan untuk kita, untuk semua, maka nikmatilah.

Dan semalam
"Eh, kenapa warna banner orang tu warna hijau putih. Selalu diorang pantang warna tu" ....kata sahabat saya. Saya hanya tersenyum dalam hati. Yang saya tahu, saya mencintai semua warna yang ALLAH ciptakan.




No comments: