5/20/2009

Pertemuan dan Perpisahaan Adalah Hak ALLAH

Pertemuan memang tidak memang kadang-kadang tidak kita jangka. Perpisahaan juga begitu

Dalam masa dua hari ini, saya berpisah dengan dua orang insan

Pertama dengan seorang sahabat (insyaALLAH ada rexeki bertemu kembali)
Kedua dengan seorang manusia dari negara seberang.


Saya begitu lembut hati dengan tiga jenis manusia. Pertama kanak-kanak, kedua orang tua dan yang ketiga wanita-wanita dari seberang.

Wanita dari seberang.
Jika orang memandang serong kepada mereka, kadang-kadang doa saya senantiasa untuk mereka. Sungguh kasihan pada mereka. Semangat juang mereka mencari nafkah di bumi ALLAH yang bernama Malaysia ini mempunyai titik sejarah sendiri. Kita kena ingat, sekalipun mereka bekerja dengan kita, mereka ini adalah makhluk ALLAH yang perlu kita kasihani. Mereka juga ada perasaan.

Mak Aji

Adalah seorang pembantu rumah sementara di rumah kakak saya. Orangnya warak. Sentiasa bersangka baik. Katanya sungguh lemah lembut. Akhlaknya cantik sekali. Pujian saya di tulisan ini tidak setanding dengan tuannya. Mak Aji orangnya sudah tua, tetapi semangatnya tidak pernah tua. Tubuhnya yang rendah tapi gagah itu, sentiasa ikhlas membuat kerja.

Semalam hari terakhir saya berjumpa dengannya. Berjumpa untuk bersalam-salaman dan juga membawa kiriman berupa keropok dan baju-baju lama yang emak hendak sedekahkan. ALLAH sahaja yang tahu, saya ingin lama-lama bersamanya. Berborak sambil mendengar nasihat darinya. Nasihat dari orang tua. Orang tua beragama Islam. Semalam dia menasihati pembantu rumah yang baru sahaja kakak saya ambil. Katanya kepada pembantu rumah baru itu, <span style="font-weight:bold;">"Ubah fikiran. Lautan ini luas, cuba seberangi dulu, baru tahu susah atau tidak"


Air mata sahaja yang menemani saya ketika saya pulang kerumah. Pertemuan dengannya tidak saya minta, tetapi perpisahan dengannya juga saya tidak pernah sangka. Dia insan yang pernah hadir dalam hidup saya. Kesedihan saya berpisah dengannya hanya ALLAH yang tahu.

Begitulah perit satu benda yang bernama perpisahaan. Yang pasti semuanya bukan milik kita. Maka kena relakanlah dan pulangkan segala rasa kepada ALLAH. Maka mungkin kerana peritnya perpisahaan ini, terdapat satu hadis yang bermaksud:

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Saya amat berharap bertemunya kembali. Moga-moga ALLAH menemukan kita kembali ya Mak Aji. Salam sayang dari saya....

No comments: