5/20/2009

Pilihan di dalam Hidup

Kadang-kadang dari masalah hadir pilihan-pilihan
Masalah yang timbul mungkin mudah sahaja, namun untuk kita asingkan masalah itu supaya dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian amatlah payah kerana keserabutan yang kita alami.

Sekarang saya ada masalah dengan laptop.
Saya terpaksa menggunakan Windows kerana tiada software di Linux. Tapi window saya ni acapkali bluescreen.

Hendak bersabar, rasanya asyik restart komputer sahaja hari ini.
Kerja tidak kemana. Asyik restart. Cd Rom pula tidak berfungsi untuk format balik. Hmm..

Banyak berfikir.
Sikap saya yang satu ni, acapkali ditegur oleh seorang sahabat. Berat sangat berfikir, kerja tak berjalan. Serabut sahaja yang lebih. Huhuhuhu...

Jadi marilah sini, kita huraikan satu-satu.

Masalah blue screen

1) Hardware tersasar (misplace hardware) dari tempatnya - penyelesaian: Periksa satu-satu hardisk dan ram. Tercabut tak. Tapi yang ini seperti tidak logik. Kerana Ubuntu tak pernah-pernah restart pun. Jika masalah perkakasan, pastinya Ubuntu akan meragam juga. Mungkin ini adalah masalah Kaparskey. Tapi nak uninstall amatlah payah. Asal mahu dibuang, pasti blue screen...Aduh.....

2) Masalah tak boleh baca CD/DVD
Selalunya saya akan terbalikkan laptop saya secara horizontal supaya CD tu dapat dibaca. Memang menguji kesabaran. Penting CD/DVD adalah kerana jika hendak format, perlu sangat kepada alat ini. Hmm. Penyelesaianya: Kalau nak format, keluarkan hardisk dan format guna laptop orang lain. Atau terbalikkan laptop.

3) Saiz hardisk yang besar tidak boleh di backup.
Hmm. Masalah ni nampaknya kena tunggu dapat elaun. Beli sahaja hardisk baru. Hardisk lama ni jadikan external hardisk. Wallahualam...

Hidup-hidup. Hadirna masalah buat penyeri...
Moga ALLAH permudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat semua. Wassalam....

No comments: