6/12/2009

Abah Pesan

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Semakin kita teliti, semakin lain hasilnya.
Banyak perkara yang kita boleh belajar daripada orang. Banyak kenal, banyak belajar. Bukalah hati untuk itu..........

Peperiksaan pertama saya adalah UPSR. Semasa saya hendak menduduki peperiksaan, emak saya jatuh sakit. Demam denggi. Masa itu abah sudah pencen. Adik bongsu abah jaga. Abah dan adik bongsu memang rapat. Abah dengan motor skuternya. Saya tidak ingat bagaimana saya kesekolah pada masa itu. Naik motor skuter barangkali.

Saya masih ingat pesan abah sebelum peperiksaan. Baca soalan banyak kali. Kali pertama baca tak faham, baca lagi.Jika tak faham, baca lagi. baca lagi, sampai faham.

Ya. Betullah lah pesan abah saya tu. Hari pertama saya lihat report senior saya ni, saya rasa biasa-biasa sahaja reportnya. Kali kedua juga begitu. Ketiga, keemapat dan kali ini, setelah memahami sedikit sebanyak, saya mula menghargai reportnya. Semakin kita membaca, semakin kita ulangi, semakin kita akan faham. InsyaALLAH.......

Hmmm.....
Oklah, mahu menekuni report ini, agar bisa faham lebih lagi.....




No comments: