6/14/2009

Perjalanan kepada suatu pengalaman.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
MP3 Ustaz Zahazan

Pengajaran hari ini:

Alhamdulillah.Lamanya sebenarnya saya tidak mendaki gunung atau bukit. Dan semalam saya syukur kepada ALLAH, selamatlah saya naik dan turun bukit tu yang ambil masa hampir 3 jam. Minimum 2 jam. Hehehe. Nampak sangat badan sudah tidak kuat seperti dahulu.

Papan tanda sebelum masuk

Ikutkan hati, mahu sahaja menghabiskan cuti dirumah, sambil-sambil membuat laporan praktikal. Tapi, sekali sekala keluar mencabar diri apa salahnya kan.

Pagi-pagi lagi sudah bangun kira-kira jam 4.30 pagi. Bersiap-siap, pukul 6.15 bertolak. Jam 6.55 sampai di Shah Alam.

Sambil menunggu kemudian sarapan pagi. Kira-kira 8 pagi baru bertolak menaiki bas yang disediakan. Berhenti di Hentian Seremban, dan sampai kira-kira jam 10.00 pagi.

Terpaksa menapak naik berjalan kaki kira-kira 20 minit sebelum sampai ketempat permulaan kerana bas tidak mahu naik. 11.00 lebih mula ambil-ambil gambar, baca doa, tunggu orang, jam 11.30 baru bertolak naik keatas.


Saya bertarung hampir 2 jam. 1.45 sampai di puncak. Perjalanan yang sungguh menguji diri. Berjumpa dengan rakan-rakan dari Ar-Rajhi Bank.

Saya berada ditengah-tengah. Kumpulan dihadapan sudah pergi jauh kehadapan. Saya perlahan-lahan, dengan kasut yang sudah ketat, badan yang sudah tidak kuat, saya terpaksa merelakan mereka pergi dahulu. Rasa hendak berpatah balik tu memang ada. Jarak saya dengan kumpulan saya dibelakang memang jauh. Saya tidak tahu sama ada mereka mahu meneruskan perjalanan atau berpatah balik, maka saya berkeputusan untuk naik mendaki dengan perlahan-lahan. bersama kumpulan Ar-Rajhi Bank yang tertinggal dibelakang. Saya tidak risau kerana pada masa itu, agak ramai orang-orang lain yang sama-sama mendaki.


Dihutan ini, orang-orang yang kita jumpa adalah kawan kita, Ar-Rahji Bank.

Alhamdulillah, dalam perjalanan menuju ke puncak ini, benar-benar menduga saya. Apabila tidak larat, saya berhenti, terduduk sambil beristigfar. Mungkin kerana bebanan dosa saya, saya tidak larat, untuk menuju ke puncak. Hati-hati berdebar-debar. Bercampur aduk. Kalimah La Hau La Wa La Quwwata Ila LLAH (Tidak berkuasa melainkan ALLAH) menemani diri.


Perjalanan yang sungguh jauh. Rakan-rakan yang tidak dikenali saling menyokong diantara satu sama lain yang sama tujuannya, untuk sama-sama sampai ke puncak. Alhamdullillah, ALLAH jumpakan saya dengan mereka. Air yang mengandungi oksigen diberikan kepada saya. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Saya sungguh berharap dapat berjumpa dengan mereka lagi. Tidak disini, disana. Moga ALLAH membalasnya kata hati saya.


Begitulah hidup.

Kadang-kadang diperjalanan yang jauh, tiada rakan rapat yang dapat menemani kita, tapi kita ada kawan-kawan lain, saudaras seislam lain yang ALLAH gerakkan hati mereka untuk membantu kita. Yang penting, ALLAH lah yang senantiasa bersama kita. Tiada siapa yang saya harapkan pada masa itu, dengan kondisi badan yang tidak begitu kuat kerana cuti dan kasut yang ketat, melainkan dengan kuasa ALLAH untuk mengerekkan jasmadi, jasad, hati saya untuk terus bergerak. Dalam hati, Ya ALLAH, sampaikan lah aku keatas sana. Doa saya dalam hati....

bersambung....

Perlahan-lahan, nasib seluruhnya keserahkan kepada empunya tuan punya diri.

" Lagi setengah jam" kata orang Ar-Rajhi,

ya, kata ku dalam hati. setengah jam lagi, terus terus. Mula-mula tinggal berdua,

"Hari nak hujan" kataku..

" Dik, kita ada satu mission lagi, kita mesti sampai diatas sebelum hujan. Bahaya tinggal kita berdua, saya tak apalah, ada lampu, adik tak bawa kan? kata abangtu..

Ya, aku pun takut, tinggal berdua, kucepatkan langkah, Kugagahkan diri yang tidak gagah. Kemudian jumpa lagi dua orang diatas.

"Dik ambillah air ni terus, air ni ada oksigen, botol dah kosong tu" kata abang tu.

"Ohh, terima kasih....hanya ALLAH yang mampu membalasnya

Sekali lagi, abang tu sampaikan isi hatinya, kena cepat hari mahu hujan. Tapi perlahan-lahan lah, kata abang itu lagi.

Kami berpecah, aku dan dua orang, abang dan kakak tu meneruskan perjalanan.

Bila bertembung orang turun bawah, aku bertanya kepada mereka, "Jauh lagi ke kepuncak sana" kataku

Orang tu melihatku, dalam dua puluh minit lagi...

"Tinggal 200 meter, tapi tidak lagi dengar bunyi suara orang...."

"Sikit lagi," kata orang yang sedang turun gunung yang berselisih dengan kami...

dan akhirnya....Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, dah sampai, tak kusangka, segalanya dengan izin ALLAH jua. Tidak mampu kulakukan tanpaNya....

Sampai dikawasan landai...eh, mana budak U aku ni, tak nampak pun. Ramai yang berkumpul dikawasan landai, tapi kelibat mereka tak kunampak.

"Ohhh, ada bukit lagi diatas"

Kawanku yang mengetuai rombongan naik keatas menelefonku. Miss call dihandphone ku.

Ku msg " dah sampai, ada dibawah, nak naik ramai sangat diatas sana tu

Ku tunggu orang siap bergambar diatas batu besar. Ada lima tangga yang perlu kunaiki sebelum sampai betul-betul diatas.



Ya, alang-alang dah sampai, naik sahaja sampai diatas, getus hatiku...hari mahu hujan, takut mereka mahu turun dah, cepat-cepat ku naik keatas. Hu hu hu..

dan akhirnya, syukur kepada ALLAH, benar-benar diatas bersama mereka.
pelik, penat, letih semua hilang bila sampai di puncak....Alhamdulillah....




bersambung..























No comments: