6/18/2009

Kan ku kejar mimpiku...

Bismillahirahmanirrahim. Allahumma Solli Ala Muhammad


Klik sini


Mimpi satu

"Tahniah, awak dah habis final year project awak" kata sahabatku..

"Syukur kepada ALLAH, tak termampu saya membuatnya tanpa bantuan dariNya.. " kataku membalas sambil tersenyum sengih.

"Alhamdulillah, alhamdulillah....."


Mimpi Dua

"Ohh sudah jam 9.45, aku perlu bersiap untuk ke kelas. Nanti lewat pula masuk mengajar" katanya.
Dilepaskan cangkulnya, dan diletakkan ditepi. Benih-benih yang tidak sempat disemai diletak tepi.

"Sambung esok pagi insyaALLAH.." janjinya dalam hati.


Mimpi Tiga


"Ya ALLAH, kak, tak kusangka kita akan sampai disini."berderau rasanya hati melihat indahnya Kaabah ini. Tidak percaya rasanya kaki ini sudah berada disini. Ku cuba hirup udaranya. Baunya kusedut dalam-dalam.


Mimpi Empat

Akhirnya, mimpi ku, untuk mengembara keserata Malaysia dan dunia tercapai juga. Syukur ku kepada ALLAH...

Mimpi Lima

" Oh sahabatku Dayah, bertemu juga kita akhirnya. sudah lama aku merindui mu"
Syukurlah kita tidak berada disebelah sana........

Mimpi Enam
"Akhirnya dapat juga aku merasa naik bas begini."
"Mana nak jumpa dinegara lain. Lelaki dihadapan, perempuan dibelakang."
"Oh lega rasanya. Kontraktor pun tak kehulu kehilir sehingga terlaga bontot dengan penumpang."
"Ohh tepat-tepat dan selamat sekali"
"Syukur kepada ALLAH kerana betul tindakan kami mengundi kerajaan pokok hijau"...




Adakah mimpi-mimpi ini akan menjadi kenyataan? Tunggukan bila sampai masa nantinya. InsyaALLAH....

No comments: