6/22/2009

Larikan sebentar rasa itu

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Ya, larikan sebentar rasa itu.

"Ah, macam-macam rasa aku alami sekarang ini, sedih, kecewa, dan macam-macam lagi." kata hatiku.

"Tu lah padan muka. Tak fikir panjang sangat" tambah suara kecil hatiku.

"Orang lain semua buat projek hebat-hebat" tambah suara kecil hatiku lagi

Apa yang terjadi sebenarnya?

Tadi, aku cuba mempateri projekku. Tapi aku agak takut, tak biasa. Warna mesin pateri yang berubah dan juga baunya membuatkan aku sedikit gerun. Bila tidak dapat membuat seperti yang aku rancangkan, macam-macam perasaan muncul. Menyesal, kecewa dan sebagainya. Rasa hendak menangis pun ada juga.


Tapi aku masih ingatkan pengajaran yang lepas. Kadang-kadang kerana mengikut rasa pada ketika itu, banyak perkara salah yang telah aku lakukan. Yerlah, ikutkan rasa binasa.

Jadi hari ini aku belajar suatu benda. Lepaskan sebentar rasa itu. Rasa marah, kecewa, sedih biarkan ia berlalu dahulu. Jangan lakukan apa-apa tindakan disebabkan rasa itu. Jangan, kerana tindakan itu akan merugikan kita akhirnya....





No comments: