6/12/2009

Sedekah Di hari Jumaat


Alhamdulillah hidup lagi hari ini.
Dapat tahu result peperiksaan. Huhuhu..tak apalah, abaikan. Syukur kepada ALLAH yang senantiasa menyayangi saya.

Hari ini hari Jumaat.

Ya hari ini hari Jumaat. Hari ini, eloklah kita membaca surah Al-Kahfi.

Budaya Sedekah
Masa saya kecil-kecil dahulu, ditadika masjid Jamek Kampung Batu, setiap hari Jumaat, pasti ada pisang yang tergantung diluar pintu masjid. Pisangnya kecil-kecil. Walaupun kecil, rasanya masih saya ingat sehingga sekarang. Sedap.

Pagi tadi, seorang pensyarah bersedekah makanan pada pelajar praktikal. Teringat saya pada budaya yang semakin kita lupakan ini. Pahala yang dilupakan. Pahala, buah-buah yang akan memberi hasil diakhirat nanti.

Sedekahlah dengan apa yang ada.
Ya. Sedekahlah dengan apa yang ada. Kemampuan yang ada. Mengutip sampah. Memberi senyum, memberi laluan kepada kereta yang menunggu juga adalah sedekah. Sedekah membawa kehidupan menjadi berkah.

Kutulis untuk diriku.Jika manafaat ambillah...

Wallahualam.

No comments: