8/23/2010

7 tahun

Sudah tujuh tahun lebih usia blog ini. Memang blog ini amat berharga bagi saya. Untuk melepaskannya mungkin agak payah. Blog ii di wujudkan untuk menyebarkan peringatan, tidak lain kepada diri sendiri terlebih dahulu, dan selebihnya diwakafkan kepada yang sudi membaca dan ambil pengajaran.

Memang agak lama saya tinggalkan ia kosong dari ruangan tulisan, namun saya tidak pernah tinggalkan ia sepenuhnyah. Fungi bloglist pada blogspot ini, amat membantu saya membaca berita-berita terkini yang berlaku dari masa ke masa. Masa dapat di jimatkan dengan widget ini.

Kunjungan dari Puan Ainon, mengembalikan rasa semangat untuk tidak membiarkan ia kosong dari tulisan lagi. Mungkin blog ini boleh di fokuskan kepada isu-isu siasah terkini yang berlaku di Malaysia.

Semoga kita semakin matang dari hari ke hari, juga semoga kandungan blog ini memberi manafaat, tidak banyak, sedikit dan semoga ia menjadi bekalan di akhirat nanti. 

Wassalam. 


No comments: