8/27/2010

Selesaikan urusan penguatkuasaan Halal di Hotel-Hotel Malaysia dahulu

Baru-baru ini kecoh dengan satu gambar yang merakam seorang YB berucap di sebuah masjid tanpa bertudung. Bagi saya tidak lah perlu di kecohkan sangat. Jika YB itu tersalah, cukuplah kita menasihati dengan baik-baik.

Bagi saya, isu penguatkuasaan status halal untuk hotel-hotel adalah lebih penting di kecohkan dari isu yang saya bangkitkan tadi. Ini adalah kerana, makanan yang di makan kemungkinan oleh orang Islam itu adalah lebih berat situasinya kerana makanan itu akan di cerna dan menjadi darah dan akan menentukan amalam seorang muslim itu.

Dan isu non-muslim tidak menutup kepala itu mungkin adalah kerana kurang tahu,  tetapi bagaimana pula dengan isteri-isteri pimpinan yang wajib menutup aurat tetapi tidak menutup aurat. Kesalahan mereka adalah lebih besar sebenarnya dari isu yang di mainkan. 

No comments: