8/29/2010

YB Teo Masuk Surau

Baru-baru ini sengaja di kecohkan isu Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang ,tanpa memakan tutup kepala dan berucap. Kesalahan ringan yang di buat Teo adalah kerana tidak menutup kepala. 

Namun begitu, terdapat penjelasan tentang isu ini, diantaranya adalah:

  1. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid)
  2.  Tuan Guru Nik Aziz juga mengulas ini dengan mengatakan bahawa “Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

    “Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya.

    Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu, yang kini hangat diperkatakan.

    “Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi. “Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.

    Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

    “Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.

    Dalam Islam menurutnya, Muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.

    “Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam,” ujarnya.

    Menyentuh mengenai tidak menutup aurat ketika memasuki masjid, Tuan Guru berkata, mungkin masalah penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya.(http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28397%3Atidak-faham-agama-punca-polemik-nik-aziz&catid=41%3Autama-muka-depan&Itemid=124)
     
  3. Ustaz Hasrizal juga telah memberi sedikit info tentang hal ini dalam aritikel Musim Pencemar Islam di http://saifulislam.com/?p=619
  4. Ustaz  Asri juga memberi penjelasan yang boleh di ikuti di bawah ini.
     


Saya  memerhatikan isu ini di permainkan, dan saya lihat, lebih dari dua hari isu ini di panaskan di siaran di tv-tv percuma.

Akhirnya isu yang di kecohkan memakan diri sendiri.











Gambar-gambar lain:


Yb Hannah Yeoh lebih sopan.

Bacaan lanjut tentang isu ini boleh di baca di website di bawah ini:
1. http://ustsaifulbahri.blogspot.com/2010/08/gambar2-pencemaran-masjid-di-dunia.html 



Pemberitahuan:
Gambar-gambar di petik daripada facebook dan website: http://networkedblogs.com/7j4Ml

No comments: