9/05/2010

Sebelum kamu memalukan negara.

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum..




Memalukan Negara?

Saya masih teringat-ingat kata seorang guru sewaktu saya di sekolah menengah yang lebih kurang begini:
 "Kenapa hendak berdemo, habis seluruh dunia tahu, buat malu negara sahaja"

Walaupun saya pada waktu itu adalah seorang remaja yang tidak tahu, namun kata-katanya dalam diam telah saya protes.

"Tentu ada sebab kerana apa semua ini terjadi" itulah kata hati saya.

Ya, pertama sekali, sebelum rakyat yang berdemo sendiri patut disalahkan kerana 'memalukan' negara, pemimpin dahulu sepatutnya malu dengan rakyat. Malu dengan kezaliman yang di buat kepada rakyat. Malu kerana tidak menjaga rakyat dengan baik sehingga rakyat itu memberontak dengan berdemo.

Saya percaya, berdemo adalah langkah paling akhir yang di ambil untuk memaksa pihak kerajaan menyelesaikan masalah. Berdemo bukan benda yang mudah, ia memakan masa rakyat, pengorbanan wang ringgit dan sebagainya. 
Ya, tetapi kerana kesedaran dan demi masa depan, tindakan ini perlu di lakukan untuk menyedarkan pemimpin yang tidur.


Isu Saman Kerajaan Kelantan Terhadap Petronas.

 Kerajaan Kelantan di ketuai oleh Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman pada 30hb Ogos 2008 yang lepas.

Menurutnya, sebagai ketua kerajaan bertanggungjawab, beliau perlu memastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan walau terpaksa ke mahkamah.

Tok Guru Nik Aziz berkata:

"Wajib atas saya sebagai ketua kerajaan dan penolong-penolong saya menjaga harta Kelantan dengan apa cara sekalipun samaada dengan rundingan, termasuk juga melalui mahkamah.

"Kami hari ini datang kerana menunuaikan tugas agama menjaga harta rakyat Kelantan iaitu petroleum, gas dan sebagainya," kata Nik Aziz pada sidang media selepas selesai memfailkan saman berkenaan dan menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu turut berkata, dalam al-Quran ada dinyatakan mengenai lima perkara yang mesti dijaga iaitu akidah, nyawa, harta, nasab dan maruah.

Justeru, beliau dan exco kerajaan negeri memilih untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian memandangkan tuntutan secara rundingan agar royalti petroleum dikembalikan kepada negeri tidak diendahkan Kerajaan Persekutuan.

"Kami datang ke mahkamah ini kerana saya sebagai ketua negeri dan rakan-rakan daripada exco mahu mempertahankan harta kami," katanya lagi.

Tambahnya, beliau bagi pihak kerajaan negeri yang mewakili rakyat Kelantan amat berharap agar mahkamah dapat mengadili kes itu seadil-adilnya kerana soal keadilan terkandung dalam al-Quran yang wajib diikuti oleh orang Islam.

"Kami berdoa kepada Allah S.W.T minta semua yang mengendalikan urusan harta kami ini iaitu peguam, hakim dan sebagainya supaya terbuka pintu hati mereka, ingat kepada keadilan. Keadilan ini wajib ditunai dan diseru dalam al-Quran sebelum ada PBB di muka bumi ini, sebelum ada apa-apa akta di dunia ini," 

Saya percaya tindakan yang di ambil oleh Tok Guru ini adalah tindakan paling akhir setelah usaha beliau dan pegawai beliau tidak di endahkan lagi.

Saya tidak pasti Kerajaan Malaysia sedar atau tidak, isu ini sudah menjadi tajuk berita di Al-Jazeera. Lihat sahaja video di bawah ini.


Sekarang siapa yang telah memalukan diri sendiri?

Baca lebih lanjut di :http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28414:saman-petronas-demi-maruah-rakyat-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

No comments: