2/20/2011

Perkahwinan Baiti dan Hasnol

Alhamdulillah, baru pulang dari menghadiri perkahwinan sepupu yang merupakan anak bongsu Mak Long Besut yang berlangsung di Serdang. Alhamdulillah, di atas ziarah ini adalah bekalan. Semoga Allah merahmati keluarga Mak Long Besut (Wan Ramlah Abdullah) kekanda bondaku yang senantiasa di rindui.
Pak Long dan Mak Long. Moga Allah merahmati mereka

Saudara  mara semasa majlis di Besut

Mak Long Besut bersama Pak long bakar di sebelah kanan gambar


Haru juga kurasa kerana ramai sepupu yang tidak ku kenali. Sewaktu menunggu untuk masuk sebagai keluarga pengantin perempuan, aku hanya mampu melihat dan menangis di dalam hati kerana hubungan keluarga yang tidak ku jaga ini.

Jika hendak di ikutkan, aku ramai saudara mara di belah Kelantan, Terangganu. Semoga ALLAH rezekikan ku untuk bertemu dengan mereka semua.


No comments: