3/31/2011

Cinta di Langit Gaza


Nama Buku: Cinta di Langit Gaza
Penulis: Riduan Mohd Nor
ISBN: 9789834460679
Harga: RM 20.00
Genre: Travelog 



Buku Cinta Di Langit Gaza telah ditulis oleh Riduan Mohd Nor. Di dalam buku ini telah dimuatkan 62 cerita penglibatan penulis bersama NGO Muslim Care di beberapa tempat seperti di Gaza, Jablieh, Acheh, Pakistan dan Bangladesh.

Membaca buku ini akan membawa kita mengembara serta merasai keperitan mereka yang di dalam kesusahan. Saya sering melihat peta dunia untuk mengetahui tentang kedudukan negara yang diceritakan di dalam buku ini. Buku ini telah mengajar saya untuk lebih mencintai negara Palestin dan saudara seIslam di sana dan seluruh dunia. Ia juga menyedarkan saya tentang betapa pentingnya penglibatan ramai orang Muslim dalam misi kemanusian.

No comments: