3/18/2011

Menulis diri


Sumber


"Duduk dan menulislah,
     Membaca, memahami dan mendidik hati
Agar kita tidak beku, dungu dan leka
    Dengan pentas dunia ini."
(Sumber)

Alhamdulillah, segala puji kepada ALLAH kerana hari ini aku masih hidup. Selepas semalam adalah hari ini, selepas hari ini insyaALLAH akan muncul pula esok. Setiap hari, semoga kita sentiasa membaiki diri agar menjadi lebih baik. Semoga ALLAH ampunkan juga dosa-dosa kita.

Sedap sungguh jeruk maman,
     Lepas setalam setalam pula;
Sedap sungguh berbantal lengan,
     Lepas semalam semalam pula.


Sudah lama tidak mencoret di atas diari maya ini. Kurasakan tidak mampu menulis, tapi ku gagahkan diri juga untuk menulis. Selepas melihat pada tulisan yang lepas pada tahun 2007, sebenarnya memang boleh menulis. Menulis dengan rasa alias penulis rasa. 

Dari perkataan ia menjadi ayat, dari ayat ia menjadi perenggan, dari beberapa perenggan ia menjadi sebuah cerita. Cerita ada yang manis, ada yang pahit. Cerita daripada pengalaman adalah yang terbaik. Dengan pengalaman kita boleh mencoret rasa. Dari tulisan kita kongsikan rasa, pengalaman kita agar menjadi pedoman kepada orang lain. Tulislah yang baik-baik kerana tulisan yang baik akan membantu disana nanti. Wallahualam.

Orang berniaga semalam-malaman, 
Apa jualan pulut berinti;
 Hidup di dunia buat amalan,
 Untuk bekalan akhirat nanti.

No comments: