4/22/2011

MANUSIA MEMBANGUN MELALUI BAHASA IBUNDA SENDIRI

 

Ungkapan Ungku Aziz, mantan Naib Canselor Universiti Malaya memberi kesimpulan yang tepat mengenai isu mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sekarang. Beliau berkata demikian 35 tahun lalu dalam persidangan ASAHIL 1973, di Singapura. Beliau berkata,

“Dengan muslihat yang licik penjajah Inggeris menanamkan dongengan yang tidak dapat dikikis dalam kalangan orang yang pernah dijajahnya, bahawa:

(a) Bahasa Inggeris itu adalah bahasa dunia dan difahami oleh manusia sejagat, dan
(b) Hanya melalui bahasa Inggeris kita dapat mempelajari ilmu yang menjadi kunci kepada kemajuan teknologi penting dan pembangunan ekonomi pesat.

Sebenarnya, fikirkanlah sedikit, sesiapa sahaja yang pernah pergi ke negara Jerman atau Amerika Latin, apa lagi negara China dan Jepun, tentu dengan sekonyong-konyong menyedari bahawa sebahagian besar penduduk dunia termasuklah teknokrat dan intelektual peribuminya yang membina negara moden yang gagah, sebenarnya tidakpun memahami bahasa Inggeris.”

Diterjemahkan oleh Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Versi asal.

The opinion of the former Vice Chancellor of the University of Malaya summarized this well. ‘With ingenious restrain the English would like to leave their colonial peoples with the indelible myths that (a) English is a world language, universally understood and (b) one can only learn the modern knowledge that is they key to great technological advance and rapid economic development through the English language. In fact to make a brief digression, anyone who has travelled in Germany or Latin America not to mention China or Japan, will quickly realize that a large proportion of the world’s population including the native technocrats and intellectuals who are building strong modern states do not comprehend English’ (Ungku Aziz, 1973), ASAHIL Singapore.

No comments: