6/08/2011

Dialog Al- Quran Untuk Remaja: Al- FatihahDialog Al- Quran Untuk Remaja: Al- Fatihah by Bambang Q-Anees
My rating: 5 of 5 stars

Prolog: Kamulah Remaja Terhebat Yang Pernah Ada
Di dalam prolog ini, kita dipujuk untuk mendekati Al-Quran dan cuba untuk memahaminya.

1. Terkurung di bilik terkunci
Penulis bercerita tentang perasaan terkurung di bilik yang terkunci.
Penulis membawakan contoh di dalam kelas, ketika rehat, di dalam bas, di rumah.

2. Al-Fatihah(Pembuka)
Penulis menceritakan tentang hadis manafaat Al-Fatihah. Penulis menyentuh tentang formula menjadi manusia luar biasa dalam surah Al-Fatihah. Formulanya bermula dari bab 3 hingga bab 9


3. Kenali Titik Permulaan Anda.
Titik permulaan harus dikenal supaya jelas dari mana hendak bermula, berapa panjang landasan yang akan ditempuh dan di titik mana kita harus berhenti. Penulis memberitahu kita perlu berada di titik permulaan yang betul, barulah pintu-pintu yang menghalang diri kita akan terbuka dengan lebar dan menyenangkan.
Titik permulaan adalah disebabkan oleh ATAS SEBAB APA(tahu dimana titik permulaan kamu) dan yang kedua adalah ATAS SEBAB SIAPA.

4. Bismillah Sebagai Asas Tindakan.
Penulis mengatakan ALLAH adalah SEBAB yang KUKUH.Sebab yang kukuh dapat kamu temukan apabila kamu melakukan semua pekerjaan atas nama ALLAH, atas dasar peraturan ALLAH, atas dasar kasih sayang ALLAH.

Sebab tindakan adalah harus atas nama ALLAH, atas nama ALLAH RAHMAN, atas nama ALLAH RAHIM.

5. Tidak Ada Yang Dapat Menghalangku Kecuali Atas Izinku.(Alhamdulillah)

Penulis membawa contoh seorang raja yang mencari model baju yang tidak pernah dipakai oleh oleh orang lain. Jika tidak jumpa, akan dibunuh semua pereka.

Kita perlu bersyukur, bebes dari rasa berbangga diri.

6. Kenali Kebiasaan Anda. (Surah Al-Fatihah ayat 2 hingga 4)
Kenal ALLAH yang Rabb(Merawat dan Memelihara)
Kenal ALLAH Yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim (Memberi kasih sayang)


7. Hidup dengan benar.
Menjadi yang terbaik boleh dilakukan dengan:1. Memulakan setiap aktiviti dengan membaca bismillahirahmanirrahim, 2.Menutup setiap aktiviti dengan alhamdulillahirabbilalamin 3. Menerima pujian dengan alhamdulillahirabbilalamin 4. Tidak berdendam kerana kamu malu dengan sifat ALLAH yang Maha Rahman. 5. Memberikan manfaat berterusan. Bertindak bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk masa depan nanti.

8. Memilih landasan yang tepat( Al-Fatihah 6-7)
-Kesesuaian bakat dan cita-cita.
-waktu yang tepat.
-tempat yang tepat (ALLAH pemilik waktu, pemilik tempat)
-Berani bercermin kepada orang lain (orang yang gagal dan berjaya)
-Memahami nikmat.
-Jangan tergesa-gesa.
-Membuka diri untuk menerima cadangan daripada orang lain.
-Sifat-sifat orang yang gagal iaitu Ghadab dan Dhallin.

9. Setelah berusaha, serahkan kepada ALLAH (Amin)
-Serahkan semua kepada ALLAH kerana ALLAH penguasa masa hadapan.

10. Dan Pintu-Pintu Anda Akan Terbuka
Bibliograf

View all my reviews

No comments: