11/22/2011

Analogi Dakwah

little people at the fallsImage by berlyjen via FlickrAda seorang pembantu rumah, dibayar gaji oleh majikan dia untuk kemas rumah, dapur, dan cuci tandas. Satu hari, encik dia kena keluar, ada tugas, so dia mintak tolong pembantu ni jagakan anak dia. Sepanjang peninggalan si majikan ni, pembantu tu pun buat kerja-kerja dia macam biasa. Si anak ni pulak bermain-main la, sampai ke tepi kolam. Pembantu ni tengok je, dia teruskan kerja-kerja dia, tak peduli pun kat si anak. Majikan pun pulang. "Mana anak saya?" "Ada kot kat tepi kolam tu, encik," dia jawab. Anak tadi rupanya dah mati lemas dalam kolam tu. "Kenapa awak tak jaga anak saya?" "Saya kan dibayar untuk kemas rumah, dapur, dan cuci tandas je, encik. Bukan dibayar untuk jaga anak encik," dia jawab lagi. Apa perasaan anda? Perasaan saya, hang jaga je la. susah sangat ke pun. Anda berperasaan sama? Atau anda setuju je dengan tindakan cik pembantu kita ni?Cerita ni diceritakan kepada Cik Hamidah kita oleh ustaz dia. Dia ceritakan ni sebab ada pemanggil radio kata dia tak mampu buat macam mana Cik Hamidah buat dalam menyebarkan Islam. Dia kata Cik Hamidah bijaksana. Cik Hamidah kata tak, dia tak pandai bercakap, yang dia tau dia kena sampaikan kebenaran. Nanti bila Allah tanya kenapa kita tak sebarkan agama dia, kita nak kata "ya Allah, ni bukan kerja aku. Kerja aku kan solat, puasa, bayar zakat & tunaikan haji je. Sebab tu aku tak buat. Bukan kerja aku." ke? Astaghfirullahal'adzim. Sampaikanlah. Dengan daya apa pun yang kita ada. Cik Hamidah seorang muallaf. Dia bagi talk kat IKIM.fm petang semalam dalam slot 'Islam Agamaku'. Bicara dia pelat, bahasa melayu bunyi cina. Ayat dia tak puitis, gelak dia comel je. hihi. Tapi MasyaAllah, suara dia yang didengar di telinga turut didengar oleh hati. Mungkin sebab apa yang dia luahkan dia lontarkan dari hati. Dia dulu anak yang rebellious, tapi setelah mengenal Islam, mak dia perasan perubahan diri dia. Sebab dia kata dalam Islam tak bagi kita lawan ibu bapak selagi mereka tak mengajak melanggar syariat. Dia takut nak langgar suruhan Allah. Hebatnya Cik Hamidah. Kita pun boleh hebat macam dia jugak! Mari menyampaikan, macam apa Cik Hamidah buat ;)
Enhanced by Zemanta

No comments: