11/13/2011

Baca buku dan berubah

What I'm reading and re-reading

Image by Earl - What I Saw 2.0 via Flickr

Dato' Hussamuddin bin Hj. Yaacub , CEO Karagkraf telah berkongsi pengalamannya bersama kami dalam Bengkel Penulisan Anjuran Al-Fikrah.Net dan kumpulan Karangkraf pada 12 November 2011 di Dewan Audotorium Karangkraf, Jalan Renggam 15/5 Shah Alam.

Beliau berkongsi pengalaman beliau membaca sejak kecil. Nasihat beliau, Iqra’ Iqra’ Iqra’lah jika mahu menjadi penulis yang hebat.

Kata beliau lagi, inpirasi membina Kumpulan Karangkraf ini juga mulanya datangnya dari hasil pembacaan beliau. Hasil pembacaan beliau sewaktu kecil, menjadikan beliau mahu menjadi orang hebat seperti yang diceritakan di dalam buku.

Dato' Hussamuddin bin Hj. Yaacub  atau lebih dikenali dengan Tuan Haji di Karangkraf berkata, beliau telah membaca buku motivasi, thriller, dan lain-lain genre sejak kecil dan pembacaan itulah yang banyak mempengaruhi beliau sehingga dapat membina empayar Karangkraf.

“You are what you read
You are what you write”
― Andrea Hirata

“Pembaca hari ini, pemimpin hari esok.”
― Hujan Pagi

No comments: