11/16/2011

“Anak cemerlang lahir dari ibu bapa yang tenang.”

Children in Dushanbe

Image by islamoyankee via Flickr

Hari ini Akif tidak seperti biasa. Disuruh banyak kali untuk membuat kerja di bukunya, Akif masih juga bersifat tidak acuh. Selalunya tidak begini. Wajahnya juga tidak ceria. Kedegilannya agak lebih sedikit hari ini. Biasanya jika dipanggil, ia akan menjawab dengan cepat, “Ia Cikgu”. Namun hari ini jawapan seorang murid yang taat tidak dapat didengari.

Waktu kelas hampir tamat. Pensil pun Akif tidak mahu pegang. Ku jerit beberapa kali memanggail namanya beberapa kali, seperti biasa, dibiarkan sahaja suaraku pergi diserap udara.

Aku menangkap dia. Akif, mari ke sini.

Ku lihat mukanya. Memang tidak ceria. Ada tompok hitam.

“Kenapa ni, ada tompok hitam?” Aku pun memegang pada tompok hitam tersebut. Nampak seperti lebam.

“Akif kena lempang dengan ayah” katanya kepadaku.

Patutlah, kata hatiku.

Mak pun pernah cakap hal ini kepadaku. Mak mengajar mengaji kepada anak-anak kecil di kawasan taman perumahanku. Suatu hari ada seorang pelajar nakal luar biasa. Setelah diselediki, rupanya, pelajar tersebut baru lepas kena marah dan pukul oleh ibunya.

Teringat kepada kata mentor kepadaku. Katanya, “anak cemerlang lahir dari ibu bapa yang tenang.”

Wallahualam.

No comments: