11/11/2011

Menulislah

Menulislah walaupun sedikit. Menurut satu kajian di US,  menunjukkan mereka yang menulis jurnal 'kesyukuran' (mencatat apa yang Allah beri dengan melihat sudut nikmat samada dalam diari, blog atau dicongak-congak dalam kepala)setiap malam sebelum tidur akan memberi kesan tidur yang lebih baik, lebih segar ketika bangun dan produktif.

Saya sendiri apabila membaca catatan-catatan lama di blog saya terasa betapa syukurnya pengalaman itu ditulis. Biarlah sedikit, namun ada ingatan di masa akan datang.

Tulislah sahabat walaupun sedikit kerana ia akan menjadi kenangan di masa hadapan.

No comments: