11/09/2011

Rambutia, Gombak

Salam. Alhamdulillah, semalam berkesempatan untuk ke Sungai di Rambutia Gombak. Subhanallah, seronoknya berendam dalam air. Bunyi sungainya, sejuk airnya sangat menggembirakan hati. Insya-Allah ada rezeki akan datang lagi. Mungkin selepas ini boleh datang dengan khemah, kompas, dan tikar. Wallhualam. 9 November 2011 Datang lagi. Alhamdulillah, hari ini sempat lagi ke sini. Yang ikut serta kali ini adalah Aku,Adik kedua, Darwish, Diyanah dan Darimi. Darimi tidur Dalam perjalanan pergi, Darimi tidur. Kami ingatkan hendak biarkan dia tidur. Namun kelengkapan seperti tikar dan sebagainya tidak kami bawa. Jadi kami buat keputusan untuk kejutkan Darimi kerana tidak mahu tinggalkan Darimi seorang diri tidur di dalam kereta. Belajar berenang Cuba belajar berenang, tetapi tiada kelengakapan yang cukup seperti googles, pelampung, tali, kayu untuk ukur ketinggian air. Nyamuk gigit Yana Sewaktu Yana sedang membina istana pasir, tiba-tiba ada nyamuk gigit Yana. Mungkin lain kali, kami boleh nyalakan unggun api atau bawa ubat nyamuk. Kurang sejam Kami hanya bermain kurang sejam kerana bertolak dari rumah lebih kurang jam 5. Kami bermain sehingga jam 6.30 petang. Semua naik cepat kerana tidak mahu terlewat keluar dari kawasan tersebut. Nampak Kakak Dalam perjalanan pulang, lalu kawasan rumah yang kakak duduk. Nampak kakak berbaju dan bertudung biru sedang berdiri berhampiran pagar rumah. :) Rambutia, insya-Allah kami akan datang lagi.

No comments: