11/15/2011

Tulislah skrip kehidupanmu

 

Menulis cita-cita

planintoactionBerkata Roziyah Mahamad di facebook, “Sebelum SPM dahulu, saya menulis cita-cita saya sehingga ke tua. Ketika itu saya anggap apa yang saya tulis itu satu angan-angan yang sukar dicapai bagi budak kurang bijak dan miskin. Namun, Allah maha kaya. Satu persatu cita-cita yang ditulis menjadi kenyataan. Sungguh indah perancangan Allah. Sayang apabila memikirkan kertas itu sudah saya buang kerana memikirkan itu hanya contengan yang tiada nilai.”

Sedar siapa diri kita

Sebelum kita menulis skrip kehidupan, kita mesti muhabah dahulu siapa diri kita, apa tujuan kita di jadikan, kemana kita selepas ini. Tujuan kita dijadikan adalah untuk:

  1. Menjadi hamba Allah
  2. Menjadi khalifah Allah
  3. Mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah.

Lima Alam

Kita juga perlu sedar, selain alam dunia, ada alam lain yang akan kita duduki. Skrip kehidupan kita perlulah merangkumi semua alam itu kerana kita bukan sahaja mahu berjaya dalam alam dunia, tetapi di dalam alam yang lain. Ada lima alam. Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Barzakh, Alam di Padang Mahsyar dan akhir sekali Alam akhirat. Segala perancangan kita perlu merangkumi kelima-lima alam tersebut.

Ingat Dunia Di Alam Akhirat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana caranya membuat skrip kehidupan?

Sediakan buku impian kita.

Sediakan sebuah buku yang kita tulis "buku impian kita" Buku itu kita akan baca setiap hari ataupun kita tampal tempat yang mana mudah nampak. Apabila setiap hari kita membaca buku tersebut, ia akan masuk dalam midan sedar dengan mudah kita dapat lakukan apa yang kita inginkan.

Cari Goal  apa yang kita mahu pada masa hadapan.

Skrip kehidupan akan mengandungi senarai sepuluh perkara yang kita mahukan dalam kehidupan. Mencari "goal"  iaitu perkara yang hendak kita buat dan fokus mahu pada masa hadapan. Tulis skrip matlamat kehidupan yang kita ingini, contohnya: "Saya mahu jadi doktor"

Gunakan teknik SMART untuk membuat skrip kehidupan*

Bagaimana cara nak guna skrip kehidupan

Baca setiap hari skrip kehidupan. Secara tidak langsung kita telah mencipta satu target yang mesti kita capai.

Selain itu, kita juga boleh letakkan skrip kehidupan kita di tempat yang senang kita lihat dan selalu kita pergi contohnya di dalam dompet kita (jika kita selalu buka dompet kita) di dalam kereta, di papan kenyataaan, di handphone kita dan sebagainya.

Tulis skrip kehidupan harianmu setiap hari sebelum memulakan pekerjaan.

Saya masih ingat, pada satu masa saya pernah mengalami masalah kelewatan, tidak sempat. Saya hampir tidak faham kenapa saya sering lewat ke kelas, tidak sempat siapkan kerja rumah dan sebagainya.

Akhirnya suatu hari, saya bertanya kepada pensyarah saya, “Puan, bagaimana Puan mengurus hidup puan?”

Jawab pensyarah saya, “Setiap hari,  pagi-pagi sebelum saya memulakan hidup saya, saya akan menulis perkara-perkara yang saya akan lakukan pada hari tersebut. “

Maka, salah satu cara untuk menjadi orang berguna dan memberi manafaat, kita perlulah merancang skrip kehidupan harian kita sebelum kita memulakan kerja harian kita.

Sampaikan pada minda separa sedarmu

Setiap impian yang kita catit dalam skrip kehidupan kita perlu sampai pada minda separa sedar kita. Minda separuh sedar itulah yang secara tidak sedar akan menggerakkan anggota tubuh badan kita untuk melaksanakan setiap agenda dalam skrip kehidupan kita.

Bisik perlahan-lahan sehingga telinga kita dengar apa yang kita bisikkan. Bisikkan skrip kehidupan kita.

 

Apa selepas menulis skrip kehidupan?

Selepas kita selesai menulis skrip kehidupan dan menatapnya setiap hari, kita harus muhabah setiap tindakan kita.

Cara muhasabah

Cara Muhasabah diri. 1.

Cara terbaik untuk muhasabah diri adalah dengan menulis satu jurnal yang dipanggil jurnal kesyukuran. Tulis satu perkara yang telah berlaku kepada kita hari ini yang amat kita syukuri dan hargai dan bacakannya sebelum tidur.

Contoh: Sebelum tidur tulis apa yang kita lakukan hari ini. Berapa yang betul dan berapa yang salah. Perkara yang salah seperti bercakap kasar dengan orang cuba baiki kesalahan itu dengan berkata, "Insya-Allah, saya akan bercakap baik dengan orang mulai esok."

Cara Muhasabah diri. 2.

Sentiasa melahirkan kesyukuran dengan apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku. Contoh,esok hendak periksa, maka sebelum tidur katakan kepada diri sendiri, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menjawab soalan peperiksaan itu"

Kesimpulan:

Untuk berjaya kita perlu tulis skrip kehidupan kita. Untuk menulis skrip kehidupan kita, kita perlu sedar siapa diri kita, apa tujuan kita diciptakan dan kemana kita pergi selepas ini. Kita juga perlu percaya bahawa kita bukan sahaja perlu berjaya di dunia, malah perlu berjaya di alam barzakh, alam padang mahsyar, dan alam akhirat. Selepas menulis skrip kehidupan, ulang baca skrip yang kita tulis itu. Akhir sekali, setiap tindakan kita perlu kita muhasabah dengan menulis jurnal kesyukuran dan berdoa sebelum tidur apa yang hendak kita keesokan harinya.

Wallahualam.

No comments: