12/13/2011

Tawakal Karman merupakan pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2011. Beliau yang merupakan pemenang Hadiah Nobel termuda dalam sejarah (32 tahun), adalah seorang Muslimah Yemen yang bertudung dan menutup aurat dengan baik.

Wartawan bertanya kepada beliau, kenapa beliau berhijab bertudung sedangkan ianya tidak setara dengan tahap intelektual dan pendidikan yang beliau ada. Konotasinya adalah, orang yang tidak berintelektual atau berpendidikan tinggi sahaja yang "terkongkong" dengan perintah menutup aurat oleh agama.

Jawab beliau,

"Manusia di zaman purba adalah hampir bertelanjang. Dan semakin inteleknya berevolusi, maka manusia mula berpakaian. Siapa saya hari ini dan apa yang saya pakai, merupakan lambang ketinggian pemikiran dan tamadun yang manusia telah capai, dan ianya bukan satu kemunduran! Hanya dengan menanggalkan pakaian-pakaian (membuka aurat), itulah yang menandakan kemunduran kita ke zaman purba!"

Enhanced by Zemanta

No comments: