12/10/2011

Wahai Medan

Wahai...Wahai Medan
Di mana engkau selama ini?
Bersamamu kami menyanyi, bersamau kami berlayar

Kami bertempur, biar kadang-kadang ketakutan datang dan kami berdoa
Semua bersatu siang dan malam
Bersamu tiada yang mustahil
Suara kebebasan menyatukan kita
Akhirnya hidup kita membawa erti
Mungundur tidak, kerana suara kita didengari
Mimpi tidak lagi terhalang

Wahai...Wahai Medan
Di mana engkau selama ini?
Kau telah runtuhkan tembok itu dan salurkan cahaya
Kalu telah satukan kami dari perpecahan
Kami bagai dilahirkan semula
Mimpi mula menjadi nyata
kami tolak atas niat yang baik
Kerna ianya seolah tidak jelas
Kami akan linduing negara dan anak-anak kami
Kami akan lindungi hak saudara kami yang telah pergi

Wahai...Wahai Medan
Di mana engkau selama ini?
Bersamamu kami rasai dan mulakan
Selepas sekian lama, kita tiba penghujungnya.
Kita perlu mengubah nasib kita sendiri
Kau telah banyak berjasa, serahkan kepada kami selebihnya
Kadang-kadang aku bimbang kau hilang sekadar kenangan
Di mana kau berjauhan dari kami dan idea berlalu pergi
Dan kita kembali sedia kala, lupa akan segalanya
Dan kita bercerita sekadar sebuah kisah dongeng

Wahai...Wahai Medan
Di mana engkau selama ini?
Kini Medan dipenuhi oleh bermacam jenis manusia
Ada yang gopoh, ada yang berani
Dan ada yang bersemangat waja dan juga berkenderaan
Ada yang lantang dan ada yang diam seribu bahasa
Kita bersatu dan rehat bersama-sama
Kini kita tahu bagaimana mendapatkan hak kita
Biarkan saja dunia mendengar keluahan kita
Biarkan saudara kita yang lain turut bersatu hati

Wahai...Wahai Medan
Di mana engkau selama ini?
Perancangan adalah kekuatan kita
Perpaduan adalah senjata kita
Medan memberitahu tentang kebenaran
Ia selau katakan tidak kepada penindas
Medan ibarat satu gelombang
Ada yang bemain dengannya, dan ada yang merana kerananya
Mereka yang di luar gelombangnya menamakan ia kekecohan
Segala apa yang kami lakukan, kini tercatat

Wahai...Wahai Medan
Di mana engkau selama ini?

No comments: