7/02/2012

Kembali Semula Kepada Allah: Somewhere over the rainbow

Kembali semula
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis, saya kembali semula kepada blog ini. Menarik #konsep kembali semula ini. Jika di dalam Islam kita ada konsep kembali semula iaitu #taubat yang bermaksud kita kembali semula kepada Allah. 

Menulis dapat membantu mengurankan stress
Satu ketika dahulu aktiviti menulis #jurnal di sini adalah satu akviti yang saya sangat #suka.. Aktiviti ini saya jarang lakukan sebab saya sudah mempunyai cara yang lain untuk meluahkan perasaan saya iaitu berkongsi dengan rakan. Kini saya kembali semula kepada cara meluahkan perasaaan atau buah fikiran dengan menulis di blog kerana saya dapati ada kelebihan jika kita menulis iaitu ia dapat melatih kita berfikir dan dapat kita dapat juga kongsikan pengalaman kita kepada orang lain.



Pelangi Kehidupan
Kini saya dalam fasa pendidikan yang ketiga dari keempat tertinggi(saya rasa tidak layak). Betullah, semakin kita tinggi belajar, semakin kita tidak tahu. Pelbagai perasaan yang menimpa diri saya kini. Namun begitulah kehidupan. Setiap masa ada pengalaman yang tersendiri umpama warna pelangi. Pelangi ada jalur dan warna yang tersendiri. Kehidupan bersulam pengalaman yang pelbagai, insyaAllah akan membawa kepada ingatan kita bahawa kita adalah hamba Allah yang bergantung kekuatan kepadaNya. TanpaNya bagaimanakah kita boleh dapatkan kekuatan emosi juga fizikal? Jalur kehidupan itu satu seni hadiah dari Ilahi kepada kita, semoga dengan pertolongannya kita dapat jalan yang lurus. Kadang-kadang kita perlu ubah strategi kita agar sesuai dengan masa dan keadaan pada waktu itu.
Jubah 2 Jalur




Jadi apakah sebenarnya hala tuju seorang graduan PhD atau master?
Adakah sebagai satu simbol kepuasan dan titik akhirnya adalah menjadi seorang pensyarah dan tidak boleh terlibat dalam bidang lain secara langsung(penyiaran, marketing dll)?
Adakah trend menyambung pengajian master sejurus selepas ijazah adalah satu langkah kurang bijak jika dibandingkan dengan mengambil ijazah kemudian bekerja dan setelah itu menyambung master/PhD?
Ini adalah lambakan soalan yang saya alami. Agak sukar untuk menyatakan sesuatu yang ideal apabila mengambil master atau PhD sepenuh masa dalam pada masa yang sama mengalami kesempitan wang dengan hanya mempunyai satu niat bahawa cinta akan ilmu sepenuh hati.
Nota: Petikan di atas di ambil daripada:  http://fakirfikir.blogspot.com/2012/07/pengajian-pasca-siswazah-pencerahan-1.html)

Lihat kanan, kiri depan dan belakang kita
Dalam menjalani kehidupan kita, memang perlu kita lihat depan, tepi, belakang, siapa dan apa yang berlaku. Semua itu ada kaitan dengan diri kita. 



Menulislah dengan nama RabbMu.


No comments: