8/30/2013

Buat kerja sampai jadi


Puan Ainon menulis, 
Siapa menebas hutan....
Siapa berkebun....

Salah satu fenomena yang banyak kita dapat lihat berlaku dalam dunia bisnes adalah tentang ada peniaga yang bersusah-payah membuka pasaran baru.

Dia banyak mengeluarkan modal duit, masa dan tenaga. Dia umpama orang yang menebas hutan.

Tetapi duit tidak masuk, lalu dia hilang harapan. Kemudian, dia tinggalkan usahanya itu separuh jalan.

Lalu ada peniaga lain masuk dan menyambung sahaja usahanya itu. Hutan sudah dibersihkan. Dia datang berkebun sahaja.

Dalam masa yang tidak lama, dengan sedikit modal kebunnya menghasilkan buah, dia pun dapat meraih keuntungan yang banyak.

Apabila kita menebas hutan, jangan buat separuh jalan. Buat sampai kebun kita menjadi, baru kita kaya.

Kebetulan Seth Godin juga menulis tentang jika kita tidak bermula bagaimana kita hendak gagal?
It sounds ridiculous when you say it that way.
But of course, it is ridiculous. It's (quite possibly) the reason you're stalling.
On the other hand, there's no doubt that, "If you don't start, you will fail."
Not starting and failing lead to precisely the same outcome, with different names.

InsyaAllah, saya akan usahakan website e-commerce saya  sehingga menjadi.
Saya sudah bermula dan gagal. Saya akan usahakan sampai menjadi. InsyaAllah.


No comments: