8/20/2013

Jauh dari fitrah



Jauh dari fitrah


Sewaktu kecil, kita berhati mulia, tiada sangkaan buruk terhadap kawan mahupun saudara mara kita.
Selesa berpegang tangan tanpa sangkaan dari hati.
Apabila bergaduh, selang sepuluh minit sudah berbaik kembali dan bermain bersama-sama.
Namun apabila kita sudah besar, lain pula jadinya.
Kita semakin jauh dari fitrah. Apabila bergaduh, ambil masa yang lama untuk berbaik semula.
Apabila disakitkan hati, sukar pula kita memaafkan dan memohon kemaafan.
Apakah yang menyebabkan kita jauh dari fitrah?
Apabila difikirkan beza kanak-kanak dan orang dewasa adalah dosa..
Dosa menjarakaan kita dari fitrah tulus murni.
Sebab itu Allah ciptakan bulan Ramadan, sebuah bulan untuk kita berlatih mengembalikan fitrah kita.
Pada bulan Ramadan kita berpuasa, kita mengaji Al-Quran, kita banyak bersedekah, kita banyak mengunjungi masjid.
Dekatkan diri kepada kerja-kerja amalan soleh agar kita kembali dekat dengan fitrah.
Wallahualam

No comments: