8/20/2013

Kerajaan BN bukan kerajaan yang baik

Prof Agus pernah bertanya apakah yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan setelah 100 tahun memerintah di Kelantan. Bagi saya, tiada masalah untuk bertanya soalan begitu. Sebuah pertanyaan mampu membangkitkan fikiran dan mengetuk pintu kerja kita. Jadi Kerajaan Kelantan hanya perlu menjawab apa yang ditanya.

Kerajaan Kelantan vs  Kerajaan BN
100 hari pemerintahaan BN di bawah kuasa Najid sungguh menghampakan
Kejadian tembak menembak sudah jadi seperti acara sukan di sekolah. Saban hari kita mendengar dan membaca berita tentang pembunuhan, rompakan dan tembak menembak. Miskin kaya semua tidak ketinggalan dirompak dan ditembak tidak kira ahli perniagaan, guru atau kerani, semua menjadi mangsa.

Banyak lagi perkara yang menyedihkan setelah 100 hari pemerintahan BN. Antaranya adalah perlantikan Aziz(Mamak UMNO) sebagai pengerusi tabung haji. Perlantikan seorang India sebagai pengerusi Felda yang tiada kena mengena langsung dengan Felda.

Dan yang terbaru adalah tindakan rakus Idris Jusoh yang mahu menyenaraikan peminjam PTPTN ke CCRIS jika gagal membayar. PTPTN sungguh membebankan. Sudahlah  ditekan dengan kos yang bukan-bukan, kemudian mhu disenarai hitamkan pula para peminjam. Sungguh sakit hati, lebih baik kos rumah terbuka PM Malaysia yang hampir setengah juta itu digunakan untuk membantu para peminjam PTPTN. Sungguh tidak adil Kerajaan Malaysia.

Idris Jusoh tidak merasa kepayahan para peminjam almaklumlah dia dulu Pengerusi Mara, semua beres bos. Betul tak?

No comments: