9/23/2013

Ajaibnya sedekah

Tempoh hari, saya dapat tahu seorang sahabat pulang ke kampung halaman untuk berbakti. Beliau bercadang untuk berniaga dalam bidang pertanian di kampungnya, satu industri yang jarang diceburi oleh orang muda sekarang. Bagi saya, beliau seorang yang sangat berpotensi, komunikasi beliau juga tip top. Saya sangat berharap beliau berjaya dalam lapangan yang diceburi. Apabila mendapat tahu beliau akan mula berniaga, saya teringat guru saya yang agak gila akan menjalankan seminar memulakan bisness. Ia adalah langkah yang baik untuk bermula, insyaAllah. Maka saya pun berminat untuk menaja beliau melalui duit saya kebetulan yang ada sedikit. Dulu saya pernah susah, dan kami sama-sama pernah berkongsi rasa susah. Perbincangan berlaku pada 18 September yang lepas. 19 hb, saya daftarkan beliau ke seminar. Alhamdulillah. Rezeki beliau, tepat habis 19 September, pendaftaran sudah ditutup. Sungguh Allah yang bukakan hati saya. Esoknya tanpa diduga, saya dipanggil interview. Malam lagi penemuduga sudah memanggil telefon, kebetulan telefon saya disenyapkan. Esok beliau telefon lagi, dan bertanya sama ada bolehkah saya datang terus ke pejabat beliau untuk temuduga. Kebetulan ada masa ketika itu, maka saya pergi terus. Dengan izin Allah, sampai juga tempat beliau. Kemudian pada hari Jumaat, saya dipanggil temuduga lagi, kali ini syarikat yang ada kaitan dengan carigali di Malaysia. Kerja idaman semua. :) Apapun, semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus,ke mana saya harus pergi. Astagfirullahalazim Wallahualam..

No comments: