9/22/2013

Asyik pergi interview aje, kerja tak dapat?

Asyik pergi interview sahaja, kerja tak dapat-dapat

Itulah, kadang-kadang rasa nak kerja

Bila dapat interview, rasa tak tahu boleh ke tak kerja dengan orang

Boleh tahan ke tak, itu pun tak tahu.
Takut

Last-last masa interview, prestasi biasa-biasa sahaja, bila tanya bila boleh kerja, memang teragak-agak nak jawab.

Pernah satu ketika dahulu, keadaan sangat mendesak, duit dah tiada. Saya tak ada duit nak beli kasut pun. Saya pakai kasut tu sampai terkoyak tapak. Masa nak pergi interview, tapak tercabut, tinggal kulit sahaja. Saya cabut tapak, tinggal kulit yang nipis, pakai masuk dalam ruang interview. Doa-doa masa tu, tiada siapa yang perasan. Alhamdulillah, selamat masuk dan interview. Tak ada orang pun tegur.  Dan dapat pun kerja.

Esok saya interview lagi, sekali lagi perasaan saya berkecamuk. Nak kerja sendiri ke kerja dengan orang? Saya tak pandai lagi kerja sendiri, tak tahu nak buat apa. Nak bekam orang, tak berani dan tak tahu bagaimana hendak bermula.

Perasaan dan tindakan ini, saya pulangkan kepada Allah. Moga-moga yang terbaik diberikan kepada saya dan keluarga saya. Amin.

No comments: