9/09/2013

Belajar Bekam

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum.

Alhamdulillah semalam(8 September 2013) dengan izin Allah berkesempatan mengikuti kursus Bekam Sunnah di Saujana Impian (lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumah)
Cara ke Saujana Impian adalah masuk ke Lebuhraya Utara Selatan, exit di Rawang Selatan, kemudian selepas itu akan bayar tol dan terus ke Lebuhraya Gutrie menuju ke Kuala Selangor. Dalam perjalanan akan nampak Signboard besar tinggi Bandar Saujana Impian. Masuk dan terus ke lokasi di Jalan Bidara 8, tingkat 1 berdekatan Bank Islam.

Darah kotor, bersihkan
Saya masih ingat sewaktu sekolah menengah, guru saya mengajar agar membasuh pad sebelum membuang ke dalam tong sampah. Saya hanya ikutkan ajaran guru itu sampai saya besar. Alhamdulillah, hari ini baru saya faham, rupanya jin suka pada benda-benda yang kotor ini. Pengajaran yang saya dapat adalah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Buangkan benda-bendak kotor sebelum tidur. Wallahualam.

Bekam dan pengajarannya.
Alhamdulillah, sempat berguru dengan guru saya di Pusat Terapi Bekam Sunnah Saujana Impian.
Secara kesimpulannya, berikut saya tuliskan cara berbekam.
1. Pakai sarung tangan
2. Pasangkan jarum(kena belajar bagimana caranya.
3. Sapukan minyak zaitun pada tempat yang hendak dibekam.
4. Bekam angin dahulu untuk permulaan untuk kumpulkan darah kotor dalam 3-5 minit.
5. Ambil pen bekam cucuk sekata kawasan hendak dibekam tadi di No. 4
6. Bekam untuk masa 5 minit jika bekam darah.
7. Ambil tisu, bersihkan darah dikawasan dibekam. Kemudian pam lagi sebanyak tiga kali untuk bekam. Tunggu 5 minit.
8. Bersihkan tempat bekam dengan tisu dan  swab. Cup bekam dan juga kepala pen bekam dibersihkan dengan swab.
9. Bekam sekali lagi, tapi tidak cucuk dengan pen.
10. Alhamdulillah siap.

Bagusnya bekam.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah, saya dapat belajar bekam untuk permulaan, untuk bekam diri sendiri dahulu, insyaallah juga untuk bekam mereka yang berminat.

Untuk pengetahuan semua bekam adalah bagus untuk kesihatan kerana pertama ia adalah anjuran Nabi untuk kita ikuti. Kedua kerana adalah setiap 120 darah merah kita akan mati. Ke mana darah kita yang telah mati itu berada? Darah itu berada di sekitar kulit dan membentuk toksik. Untuk pengetahuan semua, toksiklah diasbabkan menyebabkan kanser.

Wallahualam.






No comments: