9/15/2013

FCPO, Printer dan NAS

Alhamdulillah, semalam selamat berkenalan dengan FCPO dengan tuan penjejak di Seksyen 9 Bangi di Rescomm berhampiran dengan Masjid Al-Hasanah Bangi.


Apabila mengikuti sesi semalam, barulah saya sedikit jelas dan saya dapat pengetahuan ada perniagaan yang perlu berinteraksi dengan orang face to face. Ada pula berniaga dengan membuat teknikal analisis. SubhnaAllah. Terasa kebesaran Allah. Memang Allah jadikan kita ini bermacam-macam potensi jika kita tidak pandai sesuatu tidak semestinya kita tidak pandai sesuatu yang lain. Yang penting terus mencari hingga kita temui potensi diri kita. InsyaAllah.

Apabila berada di Bangi semalam, sempat saya ke beberapa tempat untuk membeli barang-barang keperluan. Alhamdulillah. Sempat juga singgah di UKM untuk solat Zuhur. Apa pun kerja buat kita, utamakan solat kerana ia merupakan petunjuk dan hidayah pertolongan dari Allah Taala. 

Pulang dari Bangi, saya ke Lowyat selepas itu untuk membeli printer. Sekali  lagi keyword untuk pencarian ini adalah bertanya dan mencari. Kisahnya begini, saya ke beberapa tempat untuk mencari printer dan membuat survey, ada printer harga mahal, tetapi dengan version yang lebih rendah. Ada printer yang lebih murah dengan version terkini. Saya lihat peniaga-peniaga di sini menjual secara berjemaah dengan jenama yang lebih kurang sama, mungkin kerana mereka membeli secara pukal. Sebagai pengguna, kita perlu mencari bukan dengan apa yang ada, tetapi dengan keperluan kita dan kemampuan kita. Di celah pencarian, saya terjumpa dengan cina yang baik hati sudi menerangkan dan memberi nasihat. Ambil maklumat, analisa dan bertanya. InsyaAllah akan jumpa jalannya. Akhir sekali, saya terjumpa printer dan NAS untuk simpan data di All IT Hypermarket Sdn Bhd. 

Wallahualam....

No comments: