9/15/2013

Kisah Jam

Jam Tangan
"Na pukul berapa sekarang?" 
"Erkk..Saya tak ada jam." 

Ia saya memang susah hendak pakai jam selepas jam yang saya suka hilang  kerana saya agak memilih. Bagi saya, saya suka pakai benda yang praktikal dan jika tidak kena, saya memang tak pakai. Saya tahu kepentingan jam, sebab itu saya beli beberapa jam, akhirnya tak pakai kerana tidak selesa.

Jam Loceng
Saya lihat pada seorang pakcik, orangnya sudah tua,  tapi masih menggunakan jam loceng. Kenapa saya orang muda ini tidak guna jam loceng, seolah-olah tidak menghargai masa dan tidak bertanggungjawab dengan masa sendiri.

Jam, 24 Jam dan Muhabasah diri
Kemudian, pada Sabtu yang lepas  7 September 2013, saya berguru dengan guru saya yang agak gila iaitu Tuan Shamsudin Kadir di Program Kuasa Kejayaan.  Beliau bercerita tentang Abdullah Al-Qari seorang penterjemah dan penulis yang saya cintai. Kata beliau, ada sebuah buku Abdullah Al-Qari tentang masa yang beliau baca semasa seminat penterjemahan di Institut Penterjemahan. Beliau cadangkan kita pakai jam yang ada  24 jam supaya jika masa hampir 24 jam, kita dapat muhasabah apa yang kita telah buat.

Selepas itu, saya bertekad untuk ada sebuah jam yang boleh set kepada 24 jam dan boleh berbunyi dengan setiap jam dengan set SIG. Saya beli di Medan Mara pada hari Jumaat  13 September 2013.Saya juga beli jam loceng yang agak tahan untuk bangun pada masa yang saya tetapkan.
Oh, rupanya selepas ke kedai itu, saya dapati, kita boleh tukar tali jam kita kepada yang kita hendak dengan RM 10 untuk tali besi ringan. Selepas ini saya akan ambil jam yang saya sudah beli dan tukar talinya agak saya selesa memakai.


Wallahuam.

No comments: