9/23/2013

Saya ada Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, menulis lagi. Menulis dari cetusan hati.



Berkenaan pengharapan.

Kadang-kadang orang kata, beruntung ada suami atau ada isteri, sebarang masalah boleh dikongsi bersama.

Beruntung lagi orang yang bujang tiada teman berkongsi rasa.

Rasanya dikongsi kepada yang paling Pendengar
Rasanya dikongsi kepada yang paling Memahami

Allah tidak pernah penat mendengar aduan kita
Allah Maha Memahami perasaan kita.
Allah tidak pernah meninggalkan kita keseorangan
Pulangkan segala rasa kepadanya kembali
Biar DIA yang uruskan perasaan kita.

Begitulah

p/s: Post ini inspirasi dari perbualan saya dengan seorang sahabat. Saya mengadu kesedihan kepada beliau, bukan kegembiran yang saya dapat, tapi saya bertambah sedih dan menangis terus letak telefon. Tetapi kejadian ini ada hikmahnya, saya dapat mutiara ini. :)

Saya juga terinspirasi dari hasil pertemuan menemuduga saya, kata beliau, apa yang saya akan lakukan jika saya stress? Soalan yang sangat subjektif, sampai kini saya simpan dalam hati.



رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

 والله أعلمُ بالـصـواب

No comments: