9/17/2013

Ya Allah, malunya saya dengan orang Soleh

 

Hari Ahad lepas (15 September 2013) sempat saya ke Majlis Tadarus di Masjid Wilayah.
Ada beberapa orang lelaki Muslimin dan kebayakkannya adalah muslimat.

Entah tiba-tiba saya jadi malu kerana tidak menjaga diri dengan sempurna. Mata ke sana ke sini melihat orang. Bukan apa, saya jadi suka melihat adik-adik yang berjubah berserban membaca Al-Quran. Tapi kadang-kadang termalu sebab tengok muka Ustaz bukan apa nak kenal Ustaz yang disebut-sebut itu. Rasa tidak selesa pula melihat ke sana  ke mari, maka saya kata, tundukkan pandangan, jangan jakun sangat.

Bila saya lihat seorang sahabat berniqab, saya terasa minat untuk pakai. Saya suka niqab yang dipakai. Dipakai ditudung menutup muka. ya Allah, rasa selamat untuk diri dan orang lain.
Sekurang-kurangnya saya rasa selamat hendak ke mana-mana dan apabila diminta untuk bergambar saya tidak rasa malu(betulke niat saya ni)

Kemudian perasaan bersalah saya ditambah pula status facebook kawan tentang pemakaian niqab. 



































Saya bukan baik sangat, saya tak cantik tapi saya nak jadi baik.

Wallahualam.

 Astagfirullahalazim..

No comments: