10/26/2013

Wahai Pemilik Hati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

"Ya Allah, janganlah Engkau bolak-balikkan hati-hati kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami"

"Ya Allah, matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan" 

Pelajaran yang daku dapat hari ini.

Sandarkan segalanya kepada Allah sebelum sandarkan kepada manusia kerana Allah lah Pemilik Hati kita semua.

Segala harapan jika disandarkan kepada manusia, kadang-kadang sandaran itu tidak bersambut. Jika kita berharap, takut-takut kita terjatuh kerana penyandar itu tidak kuat. Itu adalah contoh.

Sebelum berterima kasih kepada manusia, berterima kasihlah kepada Allah, kemudian baru berterima kasih kepada manusia. Ucapkan Alhamdulillah, pemilik terima kasih kita yang wajar kita syukuri.




 رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

 والله أعلمُ بالـصـواب

No comments: