1/26/2015

Setiap benda yang kita simpan akan dihisab dan ditanya oleh Allah nanti

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ والله أعلمُ بالـصـواب

Saya sangat terkesan dengan tulisan Dr. Nadiyah Elias tentang setiap barang kita kan dihisab. Sebelum Dr. Nadiyah Elias pergi Umrah tahun lepas, beliau sibuk menguruskan barang-barang untuk dilepaskan. 

Saya terfikir dan rasa takut juga dengan perkara ini.

Rakyat Canada tidak menyimpan barang yang tidak digunakan dalam masa lebih dari 60 hari. Secara logiknya, jika sudah 60 hari barang yang kita simpan tu, kita tidak guna dan lupa, maka sememangnya kita harus lepaskan barang itu kerana tiada keperluan. Buat apa hendak simpan, nanti akan dihisab dan ditanya nanti..Makin barang, banyak yang akan dihisab nanti..

Secara logiknya dan fitrahnya jugak, setiap hari kita makan dan setiap hari kita membuang..Jika kita tidak membuang secara normal, dikhuatiri kita akan dihinggapi penyakit berat.

Jadi, masuk dan keluar itu satu benda fitrah

Sebelum hendak masuk, fikir apa yang boleh kita keluarkan dari ruang, kerana kita ini manusia, penuh dengan had walaupun kita bebas....

Ambil emel sebagai contoh, jika kita tidak membuang emel yang sudah dibaca, atau emel spam, lama-lama emel kita tidak berfungsi, tersumbat dengan emel lama...

Saya pernah berjalan dengan sepupu saya. Dia seorang yang agak berjaya. Pemikiran beliau, uruskan terus barang-barang yang boleh diuruskan. Jangan simpan barang....! Contoh beliau beli laptop baru, beliau sanggup ke sana ke mari untuk uruskan laptop lama dan serahkan secara percuma laptop beliau kepada saya semata-mata untuk pelupusan kerana sudah ada laptop baru...kotak-kotak pun terus dimansuhkan dan dibuang ke dalam tong sampah! Tak sempat bawak balik...

Saya pernah juga ke taman permainan,  seawal-awal pagi nyonya sudah berkumpul dengan barang-barang untuk di recylekan..

Inilah secebis pengalaman saya yang hendak saya kongsikan..

Jadikan ini semua sebagai motivasi untuk kita berubah...Jika kita seorang penyimpan yang kononya setiap benda ada nilai sentimental, fikirlah lah dulu, sampai mana nilai sentimental itu menguntungkan kita kat akhirat nanti..Tangkap sahaja gambar, untuk kenangan...

Wallahualam...




1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)