1/26/2015

Undur, lihat kiri dan kanan kemudian mara ke hadapan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ والله أعلمُ بالـصـواب

Saya terfikir kan hal ini, ke arah mencapai taqwa, bukanlah senang. 

Apabila kita tersalah, berundurlah ke titik belakang, jalan yang benar, kemudian teruskan perjalanan untuk mencari jalan yang lurus.

Saya pernah berniat, saya ingin mencapai taqwa...mencapai rasa manisnya beriman dan taqwa dalam perjalanan master saya...

setakat tahun-tahun yang berlalu, perjalanan ini ditempuh. 

Dan dalam perjalanan ini, saya sering perlu berundur..Bilakah saya akan terus mara agar tidak perlu berundur..

Nabi Muhammad SAW(bacalah selawat kepada baginda) sentiasa beristigfar memohon ampun paling kurang 70 kali sehari. Baginda yang maksum, sentiasa bermohon kepada kekasihnya..

Kita parking kereta, bila mahu bergerak, kadang-kadang kita perlu mengundurkan kereta, lihat cermin kiri dan kanan, masukkan gear undur dan barulah kita bergerak maju ke tempat dituju. Begitu juga, waktu kita hendak letak kenderaan, kadang-kadang kita perlu undur ke belakang, lihat sekali lagi kiri dan kanan, sebelum dapat parkir kereta kita dengan betul dan tidak menyusahkan orang lain.

Wallahualam...


No comments: